Pengutusan KBP Sesi 2012-2014 bersempena dengan Feast Day Christ The King

Pengutusan KBP Zon 2 Inobong & Zon 11 Kinarut disempurnakan oleh Rev. Fr. Isidore Gilbert bertempat di St. Augustine Kinarut
Tahniah kepada seluruh Zon bagi Paroki Penampang! 11 Zon telah diutus di St. Aloysius Limbanak yang disempurnakan oleh Rev. Fr. Daniel Dick Jomilong

Undian Rohani asas bagi Pemilihan Koordinator Zon seluruh Paroki Penampang


Koordinator yang terpilih memalui undian Rohani berdoa

Sharing Terbuka

Cahaya Lilin sebagai Lambang Kepimpinan dalam Pelayanan Belia


Katekisis 2 "Kepimpinan Melalui Pelayanan"

Julianus Thomas selaku Koordinator TPBP memberikan perkongsian Beliau
Para 12 KBP dari 4 Zon yang hadir pada Gabungan 1 ~ Kolopis, Babagon, Kipouvo, Moyog dan Pogunon

Katekis 2 "Kepimpinan dalam Pelayanan" itulah dia tajuk Katekisis yang telah disampaikan kepada 12 ahli Komiti Belia Pelaksana (KBP) seluruh 13 Zon di Paroki Penampang pada 5 November yang lalu. 

Katekisis ini di berikan kepada para Pemimpin Belia yang telah terpilih dalam 12 KBP induk setiap Zon sebagai asas bagi mereka untuk memimpin terutama sekali dalam pelayanan mereka sebagai Belia.

LARIAN IMAN MENUJU YESUS!

Zumba dulu sebelum Lari
Para Pemenang Larian Jogathon
Sebahagian Para Peserta Larian



St. Theresa Child of Jesus - Hampir lebih kurang 300 orang telah mambanjiri Zon 3 Kolopis pada 26 Oktober yang lalu. Program yang diadakan setiap tahun ini telah membangkitkan semangat para umat di seluruh Paroki Penampang di mana ianya merupakan Program pertama yang dianjurkan oleh Pastoral Kewangan Paroki dengan kerjasama Tim Pelayanan Belia Paroki sempena dengan Tahun Iman yang bermula pada tahun ini.

Larian ini dimulakan dengan doa pembukaan oleh Rector Paroki Penampang, Rev. Fr. Alex Sipanul disusuli dengan Tarian Zumba yang diketuai oleh Para Liga Wanita Zon 3 Kolopis.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak Lelaki & Perempuan bawah 12 tahun kebawah, Veteran Lelaki & Perempuan dan Terbuka Lelaki & Perempuan.

Peserta dikehendaki untuk melengkapkan larian adalah sejauh 10 km bagi kategori Lelaki Terbuka, 8km bagi Perempuan terbuka, 6km bagi Veteran Lelaki, 4km bahi Veteren Perempuan dan 5km bagi kanak-kanak lelaki & perempuan bawah 12 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Para Peserta, Pemenang Larian dan juga Tuan Rumah Penganjuran Jogathon Paroki pada tahun ini iaitu Zon 3 atas kerjasama dan komitmen yang berterusan. Kita jumpa lagi Jogathon Paroki pada tahun depan!

Jogathon Paroki Penampang : Larian IMAN Menuju YESUS!


St. Theresa Child of Jesus - Sempenan dengan tahun IMAN ini, Pihak Komiti Pastoral Kewangan dengan kerjasama Tim Pelayanan Belia Paroki Penampanh (TPBP) akan mengadakan Jogathon Paroki yang bertemakan Larian IMAN menuju YESUS yang akan diadakan pada 26th October 2012. 

Program yang diadakan setiap tahun bagi mengumpul Dana Pembangunan Gereja Paroki d St. Michael Penampang. Marilah sama-sama kita berkampung di Zon 3 Kolopis pada 26th Oktober ini!

Larian IMAN menuju YESUS!

New Line up for KBP 2012-2014!

 
 Barisan KBP Baru Zon 9 Kipouvo

 
Barisan KBP Baru Zon 2 Inobong

Penampang - 21 October 2012, Setelah menjalankan promosi selama lebih kurang hampir 3 minggu, akhirnya Zon 9 Kipouvo dan Zon 2 Inobong telah mendapat keputusan siapa yang akan menduduki 12 kerusi KBP di Zon masing-masing.

Selepas ini, hanya tinggal 11 Zon lagi yang akan kita ketahui siapakah bakal pemimpin belia di Zon masing-masing.

All the best all and God Bless!

TPBP Picnic!

 Pemandangan Sg. Notoruss

Ikan yg ditagal

 Sesi kasih makan ikan

 Na, jinak sdh ni ikan

 Bakal Tim 1

 Bakal Tim 2
 
 Bakal Tim 3

Potluck!

Kg. Notoruss - Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) telah berpicnic di Kg. Notoruss pada 13 Oktober lalu. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk bersantai setelah penat lelah atas penganjuran SYD-3 dan juga sesi suai kenal dengan calon Tim yang baru.

Penyusunan KBP Z dimulakan dengan Katekisis : Dipanggil Untuk Melayani

Katekisis 1 : Dipanggil untuk Melayani
Zon 9 Kipouvo

"Berbelialah, sementara ruang dan waktu masih ada
Kalau bukan anda, siapa lagi?

Penampang ~ Sejak KBP dibubarkan pada 1hb September yang lalu, belia Paroki Penampang pada masa kini sedang sibuk dalam pemilihan / penyusunan KBP baru bagi sesi 2012-2014 akan datang. 

Dengan berjalannya katekisis yang pertama ini iaitu katekisis yang bertajuk 'Dipanggil untuk Melayani" dapat memberikan keterbukaan kepada para belia Paroki Penampang untuk terus mau melayani.

Katekisis "Dipanggil untuk melayani" ini telah berakhir di Zon 7 Sugud pada 14hb October yang lalu. Dengan berakhirnya katekisis ini, semua Zon sudah memulakan proses pemilihan dan proses pencalonan. Proses ini akan dijalankan selama 2 minggu.

Katekisis ke-2 "Kepimpinan KBP" akan diadakan pada 5hb November 2012 pada 3 tempat mengikut gabungan yang telah ditetapkan secara serentak.

Pengutusan 12 orang KBP baru dari seluruh Paroki Penampang adalah pada 24th November 2012dan akhirnya, KBP baru ini akan berekoleksi buat kali pertama pada 18-20 January 2013.

Komitmen SYD-3!

10 Komitmen Paroki Penampang

Holy Cross Tambunan - Hari terakhir SYD-3, 24th Ogos, Belia Paroki St. Michael Penampang telah meyenaraikan 10 Komitmen SYD-3. 

Berikut adalah antara Komitmen yang telah dibuat oleh 200 orang belia paroki Penampang :-

1.    Meneruskan Pelayanan Belia dalam Paroki (Penyusunan)

2.    Melayani sesame Belia dan sesame Umat (Penyusunan)

3.    Teguh dalam Iman Kristian Katolik (Pengisian SESI)

4.    Berjalan bersama sbagai satu komuniti

5.    Membantu gereja mempromosi ajaran cinta kasih yesus

6.    Melaksana pengisian SYD-3 melalui PYD

7.    Menyertai program2 yang dianjurkan di Paroki Penampang dengan bantuan TPBP

8.    Menjadi cahaya kristus di dalam sesebuah keluarga dan juga belia

9.    Memperbanyakkan aktiviti / seminar yang bertujuan menarik Belia Katolik sambil meneguhkan iman katolik

10.  Berani bersaksi dengan berjalan bersama berpusatkan kepada Yesus Kristus!



Melihat komitmen ini, Tim telah melihat beberapa program yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang :-



1.     PYD-4 2013 – di mana pengisian program PYD-4 nanti adalah susulan SYD-3.

2.     Penyusunan semula KBP Baru – Meneruskan pelayanan belia dalam paroki.


Seramai 200 belia Penampang telah menyertai SYD-3 Tambunan!

Kontinjen Penampang yang memakai uniform HIJAU bergambar kenangan bersama Fr. Florian

Sebahagian belia Penampang

Penampang - Pada 19 - 24hb Ogos lalu, seramai 200 orang belia telah mengikuti Program Terbesar, 3 gabungan Diosis Seluruh Sabah iaitu Sabah Youth Day buat kali ke-3. Seramai lebih kurang 3000 belia telah membanjiri tapak SYD-3 Holy Cross Toboh Tambunan. Program belia yang hanya diadakan dalam tempoh 4 tahun sekali ini telah membuka mata dan hati para belia untuk terus teguh dalam Iman. Sesuai dengan tema SYD-3 pada tahun ini "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam Iman. (Kis 1 : 8)

Dengan penganjuran program ini, diharapkan belia akan lebih komited dalam pelayanan dan mahu bersaksi untuk kemuliaan Allah Bapa kita Yesus Kristus.
 

SYD-3 : Salib SYD-3 di BABAGON

Liturgy bersama Salib SYD-3




Deacon Daniel bersama Umat & Belia Zon 1 Babagon

SYD-3 : Salib SYD-3 di MOYOG

Handing over ceremony ~ Pastoral kepada Belia Zon 13 Moyog

Deacon Daniel bersama Belia Zon 13 Moyog

 


SYD-3 : Penerimaan Salib SYD-3

Gambar oleh Rayner Manjuin

Penerimaan Salib SYD-3 yang dijalankan pada 10hb March 2012 lalu. Syukur kepada Tuhan kerana memberikan cuaca yang sangat baik pada masa ini.

Kehadiran dianggarkan seramai 200 orang belia termasuk Belia dari Paroki Terawi. Ini merupakan gabungan pertama setelah Paroki Penampang terpisah menjadi dua Paroki pada 1 tahun yang lalu.

Selepas penerimaan ini, Salib SYD-3 ini akan berjalan ke seluruh Paroki Penampang bermula dengan Zon 13 Moyog.

SABAH YOUTH DAY - 3

 
TARIKH: 19 - 24 OGOS 2012
TEMPAT: TAMBUNAN, SABAH

Tahniah diucapkan kepada 200 orang peserta SYD-3 yang telah mendaftar!

Nantikan program-program menarik yang akan dianjurkan oleh Komiti SYD-3 Peringkat Paroki akan datang!