LARIAN IMAN MENUJU YESUS!

Zumba dulu sebelum Lari
Para Pemenang Larian Jogathon
Sebahagian Para Peserta Larian



St. Theresa Child of Jesus - Hampir lebih kurang 300 orang telah mambanjiri Zon 3 Kolopis pada 26 Oktober yang lalu. Program yang diadakan setiap tahun ini telah membangkitkan semangat para umat di seluruh Paroki Penampang di mana ianya merupakan Program pertama yang dianjurkan oleh Pastoral Kewangan Paroki dengan kerjasama Tim Pelayanan Belia Paroki sempena dengan Tahun Iman yang bermula pada tahun ini.

Larian ini dimulakan dengan doa pembukaan oleh Rector Paroki Penampang, Rev. Fr. Alex Sipanul disusuli dengan Tarian Zumba yang diketuai oleh Para Liga Wanita Zon 3 Kolopis.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak Lelaki & Perempuan bawah 12 tahun kebawah, Veteran Lelaki & Perempuan dan Terbuka Lelaki & Perempuan.

Peserta dikehendaki untuk melengkapkan larian adalah sejauh 10 km bagi kategori Lelaki Terbuka, 8km bagi Perempuan terbuka, 6km bagi Veteran Lelaki, 4km bahi Veteren Perempuan dan 5km bagi kanak-kanak lelaki & perempuan bawah 12 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Para Peserta, Pemenang Larian dan juga Tuan Rumah Penganjuran Jogathon Paroki pada tahun ini iaitu Zon 3 atas kerjasama dan komitmen yang berterusan. Kita jumpa lagi Jogathon Paroki pada tahun depan!

No comments:

Post a Comment