Seramai 200 belia Penampang telah menyertai SYD-3 Tambunan!

Kontinjen Penampang yang memakai uniform HIJAU bergambar kenangan bersama Fr. Florian

Sebahagian belia Penampang

Penampang - Pada 19 - 24hb Ogos lalu, seramai 200 orang belia telah mengikuti Program Terbesar, 3 gabungan Diosis Seluruh Sabah iaitu Sabah Youth Day buat kali ke-3. Seramai lebih kurang 3000 belia telah membanjiri tapak SYD-3 Holy Cross Toboh Tambunan. Program belia yang hanya diadakan dalam tempoh 4 tahun sekali ini telah membuka mata dan hati para belia untuk terus teguh dalam Iman. Sesuai dengan tema SYD-3 pada tahun ini "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam Iman. (Kis 1 : 8)

Dengan penganjuran program ini, diharapkan belia akan lebih komited dalam pelayanan dan mahu bersaksi untuk kemuliaan Allah Bapa kita Yesus Kristus.
 

No comments:

Post a Comment