Penyusunan KBP Z dimulakan dengan Katekisis : Dipanggil Untuk Melayani

Katekisis 1 : Dipanggil untuk Melayani
Zon 9 Kipouvo

"Berbelialah, sementara ruang dan waktu masih ada
Kalau bukan anda, siapa lagi?

Penampang ~ Sejak KBP dibubarkan pada 1hb September yang lalu, belia Paroki Penampang pada masa kini sedang sibuk dalam pemilihan / penyusunan KBP baru bagi sesi 2012-2014 akan datang. 

Dengan berjalannya katekisis yang pertama ini iaitu katekisis yang bertajuk 'Dipanggil untuk Melayani" dapat memberikan keterbukaan kepada para belia Paroki Penampang untuk terus mau melayani.

Katekisis "Dipanggil untuk melayani" ini telah berakhir di Zon 7 Sugud pada 14hb October yang lalu. Dengan berakhirnya katekisis ini, semua Zon sudah memulakan proses pemilihan dan proses pencalonan. Proses ini akan dijalankan selama 2 minggu.

Katekisis ke-2 "Kepimpinan KBP" akan diadakan pada 5hb November 2012 pada 3 tempat mengikut gabungan yang telah ditetapkan secara serentak.

Pengutusan 12 orang KBP baru dari seluruh Paroki Penampang adalah pada 24th November 2012dan akhirnya, KBP baru ini akan berekoleksi buat kali pertama pada 18-20 January 2013.

No comments:

Post a Comment