KEGELAPAN BUKAN HALANGAN: Pelancaran PYD-4 dan YOUCAT

 
Para Peserta Pelacaran yang terdiri dari seluruh Zon Paroki Penampang

Wajah-wajah semangat PYD-4

Bukti para peserta sudah mempunyai buku YOUCAT

Pelancaran PYD-4!

Palancaran YOUCAT

Wakil Pastoral Zon 1 merasmikan PYD-4 dan YOUCAT
 

LIMBANAK, Penampang–Pada malam 10 May yang lalu, seramai 93 orang belia dari 13 zon dalam paroki Penampang dan juga wakil belia jemputan dari paroki Dontozidon telah berkumpul di St. Juds’ Hall, St. Aloysius Limbanak untuk pelancaran Penampang Youth Day ke-4 dan YOUCAT anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki Penampang. Penampang Youth Day ataupun lebih dikenali sebagai PYD merupakan program belia terbesar di paroki Penampang, dan pada tahun ini merupakan anjuran PYD kali ke 4. PYD yang pertama diadakan di Inobong pada tahun 2009 dan kemudian di Kinarut dan Limbanak pada tahun-tahun berikutnya. PYD bermula sebagai satu susulan kepada program Sabah Youth Day yang ke-2 pada tahun 2008, dengan tujuan untuk memantapkan iman para belia Penampang dan membawa mereka lebih dekat kepada Tuhan.
PYD tahun ini adalah bertemakan “Pergilah, jadikan semua bangsa muridKu. (Mat 28:19)” yang diambil daripada tema World Youth Day 2013. Ia merupakan progam susulan SYD-3 (2012) dan persediaan awal belia Penampang untuk program PBK-12 tahun hadapan. Pada malam yang sama juga, program YOUCAT peringkat paroki Penampang juga telah dilancarkan. Pelancaran tersebut menandakan bermulanya program-program pemantapan belia paroki dengan berpandukan buku tersebut.
Pelancaran PYD-4 dan YOUCAT dimulakan dengan lagu puji-pujian diikuti dengan tayangan video imbasan kembali PYD-3 di Limbanak pada tahun 2010. Seterusnya para belia dihiburkan dengan persembahan pembukaan dari belia tuan rumah (Zon Limbanak) PYD-3 dan tuan rumah PYD-4 (Zon Babagon).
Walaupun bekalan elektrik terputus akibat hujan lebat sebelum taklimat pengenalan PYD-4 dapat dimulakan, namun program tetap dijalankan dengan lancar berbekalkan cahaya lilin dan juga semangat belia yang masih berkobar-kobar. Acara kemuncak pelancaran pada malam itu adalah perasmian simbolik melalui pemotongan scroll banner PYD-4 dan YOUCAT yang disempurnakan oleh Sr Lucynia Jeprin, fsic selaku Penasihat Rohani TPBP Penampang. Scroll Banner PYD-4 ini kemudiannya diserahkan oleh bapa pastoral zon Limbanak kepada wakil belia zon Babagon sebagai tanda pertukaran tuan rumah PYD.
Kegelapan yang berterusan hingga akhir program dengan sumber cahaya yang terhad tidak mematahkan semangat para belia yang ternanti-nanti akan PYD-4 ini. Malah, mereka menyatakan bahawa cahaya lilin yang digunakan malam itu merupakan suatu peringatan untuk diri mereka bahawa Tuhan sentiasa ada di sisi dikalah kegelapan dan ini bukannya satu halangan untuk kita berhenti untuk bersukacita dalam cinta kasihNya.
Penampang Youth Day ke-4 ini akan diadakan pada 13 – 15 September ini bertempat di Sts Peter & Paul, Babagon, Penampang. 

 

Disediakan oleh,
Margaretta Sipangkui
Setiausaha PYD-4 2013

No comments:

Post a Comment