Gambar-gambar Pelancaran PYD2di Inobong ~ 26 Jun 2010


[Kiri-Kanan:] Sr. Rita Serunai, Julianus (Koordinator TPBP), Kat. Lawrence (Pengerusi MPP), Fr. Alex (Rektor) dan Dr. Felix (Pengerusi Kewangan Paroki) ... kehadiran mereka cukup memberi sokongan dan dorongan kepada para belia paroki.


Persembahan khas dari Belia Zon 2 Inobong ...


Raynold dari Zon Kinarut dan Jacklyn dari Zon Kolopis adalah wakil lelaki dan perempuan pada malam tersebut untuk memberi sedikit perkongsian mengenai impak dan pengalaman yang mereka alami semasa menyertai PYD1 pada tahun lalu.


Hah! Ini dia Koordinator untuk Program PYD2 (Penampang Youth Day -2), Sdr. Henry a.k.a Angkol. Beliau memberi taklimat ringkas kepada para belia mengenai konsep, objektif dan informasi penting berkenaan PYD2.


Pengerusi Pastoral Zon Inobong dan Zon Kinarut berjabat tangan menandakan bahawa penganjuran PYD ini telah bertukar Tuan Rumah secara rasminya. Pelancaran PYD2 disempurnakan oleh Rektor dengan menurunkan Skrol PYD2.


Sebagai tanda kegembiraan menjadi Tuan Rumah pada tahun ini, Belia Zon Kinarut mensajikan satu persembahan musikal ala-ala songkotoun style yang cukup hebat diiringi paluan gong!


Pemuzik-pemuzik Zon Kinarut yang hensem-hensem ...


"Dengarkanlah suara nafiri... memanggil semua umatNya..."


Group Photo ... Zon Kinarut bersama-sama dengan Rektor, Kat. Lawrence dan Sr. Rita.

Welcoming Youth Day Penampang-1

(poster dicuri dari FB si Leslie @ Kolis hehehe...)

TERBUKA KEPADA BELIA ZON 5 PENAMPANG SAHAJA ...
Tarikh:
18 Julai 2010, Ahad
Tempat: Dewan PPC
Masa: 12.30pm - 5.00pm
Anjuran: KBP Zon 5 Penampang
Yuran: Percuma!
Tema: 'Datanglah pada ku... Janganlah Khuatir!'
Tarikh Tutup: 11 Julai 2010
Untuk maklumat lanjut, hubungi: Raynold 016-815 6432/ Maypat 012-824 7581

Penampang Youth Day ke-2

Tarikh:
14 & 15 Ogos 2010

Tuan Rumah:
Gereja St. Augustine, Kinarut

Peserta:
a) Belia berumur 15 tahun dan ke atas.
b) Maksimum 30 orang peserta sahaja dari setiap zon.

Yuran:
RM30.00 (termasuk Baju-T dan makan-minum)

Penginapan:
Peserta akan tinggal di bangunan sekitar gereja dan Zon Kinarut atau bersama keluarga angkat (layari blog untuk maklumat terkini dari masa ke semasa)

Persembahan setiap zon:
a) Berkonsepkan tarian, nyanyian, musical-dance, musical-drama, instrumental.
b) Selama 5 - 10 minit untuk setiap zon.
C) Akan ada panel / undian untuk memilih persembahan terbaik semasa PYD2 nanti.

Tarik tutup pendaftaran:
26 Julai 2010

Tema:
Karena setiap orang yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan.” ~Mat 25:29

Objektif:
1) Untuk membantu para belia mengenali Yesus melalui bakat-bakat mereka
2) Agar belia dapat membentuk peribadi supaya lebih berkeyakinan, segar dan kreatif dalam pelayanan mereka.

Pesta Belia Keuskupan ke-11

Tarikh:
6 - 9 September 2010 (musin cuti sekolah)

Tempat:
Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu Sabah

Tema:
"Guru yang baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal?(Markus 10:17)

Peserta sasaran:
Pesta ini dibuka kepada semua belia Katolik Keuskupan Agung kota Kinabalu yang berusia 15 tahun ke atas, yang datang dari pelbagai bahasa, bangsa dan latar belakang kehidupan. (peserta dibawah 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibubapa)

Tarikh tutup pendaftaran:
1 Julai 2010
Para belia harus berhubung dengan KBP di zon masing-masing untuk pendaftaran segera.

Objektif:
1. Agar para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik
2. Agar para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

Matlamat:
Adalah diharapkan agar melalui PBK-11 ini, para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik serta para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

Untuk maklumat lanjut, layari BLOG PBK11.


Jelajah PBK-11

Tarikh:
27 Jun 2010, Ahad
Tempat: Dewan St. Jud, St. Aloysius Limbanak
Masa: 9.00pm

Paroki terlibat:
Penampang (tuan rumah), Papar, Limbahau, Labuan, Stella Maris, Kepayan, Dontozidon, Menggatal, Inanam, Telipok, KK

Setiap KBP zon dikehendaki menghantar wakil untuk menghadiri jelajah ini untuk mendapat maklumat penuh berkenaan penganjuran PBK-11.

Mini Concert 'One Voice' Tombovo


Tarikh: 26 Jun 2010, Sabtu
Masa: 7.30pm
Tempat: Dewan Komuniti Tombovo
Harga Tiket: RM 3.00 (percuma 1 botol air mineral)

Sila berhubung dengan KBP di Zon anda untuk pembelian tiket.
Jom berkonsert!

Rev. Fr. Jalius Sading's 9th Sacerdotal Anniversary

Hari ini ~ 4 Jun 2010 ~ merupakan ulangtahun ke-9 Fr. Jalius Sading
melayani sebagai seorang paderi.
Semoga Fr. Jalius terus teguh, segar dan aktif terutamanya bersama-sama kami belia di Paroki Penampang.
"Happy Anniversary Fr.J!"
(Sambutan ulangtahun Fr. Jalius akan dirayakan pada 19hb Jun 2010 di Dewan PPC)