Gambar-gambar Pelancaran PYD2di Inobong ~ 26 Jun 2010


[Kiri-Kanan:] Sr. Rita Serunai, Julianus (Koordinator TPBP), Kat. Lawrence (Pengerusi MPP), Fr. Alex (Rektor) dan Dr. Felix (Pengerusi Kewangan Paroki) ... kehadiran mereka cukup memberi sokongan dan dorongan kepada para belia paroki.


Persembahan khas dari Belia Zon 2 Inobong ...


Raynold dari Zon Kinarut dan Jacklyn dari Zon Kolopis adalah wakil lelaki dan perempuan pada malam tersebut untuk memberi sedikit perkongsian mengenai impak dan pengalaman yang mereka alami semasa menyertai PYD1 pada tahun lalu.


Hah! Ini dia Koordinator untuk Program PYD2 (Penampang Youth Day -2), Sdr. Henry a.k.a Angkol. Beliau memberi taklimat ringkas kepada para belia mengenai konsep, objektif dan informasi penting berkenaan PYD2.


Pengerusi Pastoral Zon Inobong dan Zon Kinarut berjabat tangan menandakan bahawa penganjuran PYD ini telah bertukar Tuan Rumah secara rasminya. Pelancaran PYD2 disempurnakan oleh Rektor dengan menurunkan Skrol PYD2.


Sebagai tanda kegembiraan menjadi Tuan Rumah pada tahun ini, Belia Zon Kinarut mensajikan satu persembahan musikal ala-ala songkotoun style yang cukup hebat diiringi paluan gong!


Pemuzik-pemuzik Zon Kinarut yang hensem-hensem ...


"Dengarkanlah suara nafiri... memanggil semua umatNya..."


Group Photo ... Zon Kinarut bersama-sama dengan Rektor, Kat. Lawrence dan Sr. Rita.

No comments:

Post a Comment