Informasi terkini: REKOLEKSI TPBP & KBP KE-1/2010

Shalom Rakan-rakan Tim & KBP,

Maklumat terkini mengenai Rekoleksi TPBP & KBP ke-1/2010
Tarikh : 5, 6 & 7hb Februari 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Bundu Tuhan Retreat Centre, Ranau.
Yuran : RM50.00 seorang (kepada zon yang belum menjelaskan yuran, sila berbuat demikian secepat mungkin)

Program : (Program lengkap akan diedarkan semasa pendaftaran)

5hb Feb 2010, Jumaat
2.00pm : Semua peserta Rekoleksi berkumpul di perkarangan Dewan PPC
: Doa sebelum memulakan perjalanan (secara konvoi)
2.30pm : Bertolak ke Bundu Tuhan Retreat Centre, Ranau
4.30pm : Pendaftaran & Persediaan Peribadi
6.00pm : Program bermula.
10.00pm : Program tamat untuk hari pertama

6hb Feb 2010, Sabtu
6.00am : Bangun pagi
7.00am : Program bermula
10.00pm : Program tamat untuk hari kedua.

7hb Feb 2010, Ahad
6.00am : Bangun pagi
7.00am : Program bermula
12.30tgh : Program Rekoleksi selesai.

Peralatan yang perlu dibawah oleh setiap peserta;
a) barangan keperluan peribadi
b) pakaian untuk cuaca sejuk (eg: baju panas, stokin)
c) alat-tulis eg: pen, buku nota
d) kitab suci/bible
e) rantai rosari
f) ubat-ubatan (jika perlu)
g) torchlight kecil

Kepada peserta yang mengalami masalah berikut, sila hubungi mana-mana ahli Tim.
a) peserta yang perlu pergi dengan sendiri/lewat (cuba sampai di Bundu Tuhan selewat lewatnya 7.00pm)
b) peserta mengalami masalah kenderaan.

Persediaan Rohani Peserta untuk Rekoleksi;
Sila doakan Novena dibawah, dalam kumpulan peserta yang akan mengikuti Rekoleksi di zon anda pada setiap hari bermula dari 1hb Feb 2010 hingga 4hb Feb 2010.

(DOA INI HENDAKLAH DIDOAKAN PADA SETIAP HARI TERUTAMA
PADA JAM 6 AM DAN JUGA DI DALAM DOA ROSARI)

Allah Bapa yang Maha pengasih, kami bersyukur kepada Mu
atas anugerah panggilan-Nya kepada kami untuk melayani para belia di Paroki ini. Kami sedar akan cabaran, halangan dan pengaruh-pengaruh dunia yang mahu menjatuhkan semangat pelayanan kami, oleh itu pada saat ini kami datang dengan penuh penyerahan kepada Tuhan agar kami diurapi oleh kuasa Roh Kudus-Nya supaya kami tidak mudah jatuh bila berdepan dengan masalah kehidupan, masalah para belia dan terutamanya bila berdepan dengan pengaruh negatif dunia globalisasi yang menghancurkan dan menjauhkan kami dari Tuhan.

Oleh yang demikian Bapa,

Kami berdoa khusus-Nya untuk kejayaan Rekoleksi TPBP dengan KBP yang akan diadakan pada
5, 6 & 7 Feb yang akan diadakan di Bundu Tuhan.

Berkatilah kami sebagai para penganjur di dalam persiapan ini dan juga kepada setiap Belia yang akan datang ke dalam Rekoleksi ini. Terutama di dalam merealisasikan segala program yang telah di rancang di Paroki kami.Curahkanlah kusa Roh KudusMu ke atas setiap kami, para Belia Penampang.
Berikanlah kami juga cuaca yang baik. Bonda Maria kami mohon agar engkau akan memberkati dan menaungi kami di dalam usaha kami untuk mahu berjalan sebagai satu keluarga.
Kami minta ini melaui perantaraan AnakMu Yesus kristus dan Tuhan kami.
Amen.

No comments:

Post a Comment