Perayaan Krismas Paroki - 27 Dis 2009

Perayaan Krismas Paroki telah dirayakan dengan penuh kemeriahan pada Ahad, 27 Disember 2009 di Dewan PPC.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya persembahan koir daripada Zon Penampang dan Sugud, serta persembahan tarian daripada belia Zon Babagon/Moyog.

Pertandingan Koir Krismas Kanak-kanak juga menerima penyertaan yang cukup baik daripada 6 zon. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut;

Juara : Zon Limbanak
Naib Juara : Zon Kinarut
Tempat Ketiga : Zon Tombovo

Hah! Mau lihat persembahan kanak-kanak dari Limbanak? Mereka akan mempersembahkan sekali lagi persembahan koir mereka yang memang memukau semasa perayaan Ulangtahun ke-33 Rektor kita, Fr. Alex Sipanul pada 30 Disember nanti.

Syabas kepada yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini dan kepada yang meluangkan masa untuk memeriahkan Krismas Paroki 2009!

No comments:

Post a Comment