Selamat Hari Jadi kepada Ju!

Cikgu Julia... eh, Cikgu Julianus juga koordinator TPBP, merayakan hari jadi beliau yang
ke-3*tut* pada hari ini (28 Mei 2010)

Kami ucapkan semoga banyak rezeki, panjang umur & sentiasa segar dalam pelayanan!

Rekoleksi TPBP & KBP

Tarikh : 11, 12 & 13 Jun 2010
Tempat : Pusat Retret Tatal, Keningau
Penganjur : TPBP Penampang
Peserta : Semua Barisan Baru KBP Zon
Yuran : RM50.00 setiap seorang
Pengangkutan : Disediakan oleh setiap KBP Zon
PA System : "Praise Team"

Sila bawa;
1) Keperluan peribadi eg: pakaian, sabun, berus gigi dll
2) Alat tulis & buku nota
3) Kitab/Bible
4) Rantai rosary

Kepada zon-zon berikut, sila bawa 5 set suratkhabar (untuk permainan);
Terawi, Penampang, Babagon, Kinarut, Tombovo, Kolopis.

*Sediakan pakaian yang sesuai untuk menghadiri misa.
*TINDAKAN KOORDINATOR/WAKIL KBP SETIAP ZON: Tarikh akhir penyerahan nama peserta ~ 6hb Jun 2010 (sila emel kepada tpbp_stmichael@yahoo.com)

Program;
11 Jun 2010, Jumaat
1.30pm : Berkumpul di Dewan PPC
1.55pm : Doa sebelum bertolak
2.00pm : Bertolak secara konvoi ke Tatal Keningau
4.00pm : Dijangka tiba
-Pendaftaran, Taklimat & Persediaan peribadi
6.00pm : Pentakhtaan Alkitab
7.15pm : Makan malam
7.45pm : Puji-pujian & Sesi 1
9.00pm : Doa Malam & Pengumuman

12 Jun 2010, Sabtu
6.30am : Senaman Pagi & Doa Pagi
7.30am : Sarapan
8.30am : Puji-pujian, Ice-breaking & Sesi 2
10.00am : Rehat
10.15am : Sesi 3
12.00th : Makan Tengah hari
2.00pm : Puji-pujian & Permainan
2.30pm : Sesi 4
3.45pm : Personal Reflection
4.40pm : Persiapan Peribadi
6.00pm : Misa Kudus
7.00pm : Makan Malam
8.00pm : Doa Taize
9.00pm : Doa Malam & Pengumuman

13 Jun 2010, Ahad
6.30am : Senaman Pagi & Doa Pagi
7.30am : Sarapan
8.15am : Sesi 5
9.15am : Sesi 6
10.30am : Misa Kudus & Pengutusan KBP
12.00th : Makan Tengah hari & Bersurai

Perayaan Corpus Christi Paroki

Tarikh: 5 Jun 2010, Sabtu
Tempat: Gereja St. Michael, Penampang
Masa: 6.00pm, Misa Sunset

Pelayanan Belia Paroki:
1) Latihan Koir - 2, 3 & 4hb Jun 2010

Makluman:
1) Setiap zon harus menyediakan lilin masing-masing (untuk perarakan)
2) Susunan perarakan ke Konven (untuk sesi Adorasi)

Altar Knights
Tagung (Zon Penampang)
Zon Babagon & Moyog
Zon Inobong (& Pogunon)
Zon Kolopis & Minintod
Zon Penampang
Zon Limbanak & Sugud
Zon Terawi & Duvanson
Zon Tombovo & Kinarut
Parish Women's League
Calon-calon penerima Sakramen Ekaristi Kudus Pertama
Para Communion Ministers
Koir (Belia Paroki)
Altar Knights
'Ekaristi Kudus' ~ Paderi
Para Katekis
Legion of Mary, Divine Mercy & CCR
Togunggak (Zon Kinarut)

Year For The Priests Parish Celebration

Tarikh: 1 Jun 2010, Selasa
Tempat: Gereja St. Michael, Penampang
Masa: 4.00pm (misa)

Pelayanan Belia Paroki:
1) Latihan Koir - 24, 25 & 26hb Mei 2010
2) Persembahan di dewan - Belia Paroki & 'Praise Team'

PER! Setiap zon digalakkan dan diharap dapat menyediakan satu persembahan yang sesuai dengan perayaan yang dirayakan semasa acara di dewan. Zon-zon juga boleh bekerjasama dalam gabungan masing-masing atau membuat persembahan secara zon.

Persembahan Zon setakat ini;
1) Tarian penyambutan tetamu ~ Zon Terawi
2) Persembahan koir ~ Praise Team & Zon Penampang
3) Persembahan tarian sumazau ~ Zon Babagon
4) Persembahan tarian ~ Zon Inobong
5) Persembahan tarian ~ Zon Moyog

Perayaan Pentekos Paroki

"Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi Ku di Yerusalem, di Yudea dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi."
~ Kisah Rasul-rasul 1:8

PENTECOST TRIDUUM

Tarikh: 19 - 21 Mei 2010
Tempat: Dewan PPC
Yuran: Penyertaan adalah Percuma!
Program:

19 Mei 2010, Rabu

6.30pm: Pendaftaran
7.30pm: Puji-pujian
8.00pm: "Pentekos dan Persona Roh Kudus"
9.00pm: Rehat/Minum
9.30pm: "Kurnia-kurnia Roh Kudus"
10.30pm: Doa Penutup

20 Mei 2010, Khamis
7.30pm: Puji-pujian
8.00pm: "Buah Roh Kudus"
9.00pm: Rehat/Minum
9.30pm: "Diberi kuasa oleh Roh Kudus"
10.30pm: Doa Penutup

21 Mei 2010, Jumaat
7.30pm: Puji-pujian
8.00pm: "Roh Kudus Tuhan yang Menghidupkan"
9.00pm: Rehat/Minum
9.30pm: "Ministri Doa"
10.30pm: Doa Penutup


MISA SUNSET
Tarikh:
22 May 2010, Sabtu
Tempat: Gereja St. Michael, Penampang
Masa: 6.00pm, Misa Sunset

Pelayanan Belia Paroki:
1) Koir - Emmaus Covenant Community (ECC) dengan sokongan belia paroki
2) Scroll Banner (perarakan masuk) - TPBP

*Latihan koir bersama ECC akan dimaklumkan kemudian.

Mendiang Fr. Augustine Amandus diingati ...

Mendiang Rev. Fr. Augustine Amandus…
Gambar diambil pada Januari 2000 diluar rektori Gereja St. Joseph Papar.


Fr. Augustine Amandus dilahirkan pada 10 Januari 1938 dan beliau telah kembali kepada Bapa pada 6 Mei 2010, jam 2.52 pagi di SMC (Sabah Medical Centre, Damai).

Ditabis pada 13 Disember 1966, beliau merupakan Paderi berbangsa Kadazan yang pertama. Fr. Amandus telah berkhidmat di Paroki Papar dan Limbahau sebelum beliau diserang ‘stroke’ pada Januari 2000.

Setelah itu, beliau menerima jagaan penuh cinta kasih daripada ibu saudaranya, Mother Bernadette, dan para rahib dari Konven St. Joseph Penampang. Fr. Amandus telah menjadi sebahagian ahli keluarga konven tersebut yang istimewa.

Misa Requiem untuk mendiang Fr. Amandus akan diadakan pada 10 Mei 2010 pada jam 9.30 pagi di Gereja Holy Rosari Limbahau. Badan mendiang akan dibawa ke gereja dari rumah keluarganya di Papar pada petang hari Ahad, 9 Mei 2010, sehingga hari pengkebumian.

Marilah kita bersama-sama bersatu dalam doa dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Fr. Amandus yang terkenal dengan senyumannya yang manis dan keperibadian yang sentiasa ceria.

1 Thessalonians 4:13-14
But I do not want you to be ignorant, brethren, concerning those who have fallen asleep, lest you sorrow as others who have no hope. For if we believe that Jesus died and rose again, even so God will bring with Him those who sleep in Jesus.

Koir Praktis-cum-Birthday Babies :)

Semalam, 5 Mei 2010, merupakan last koir praktis untuk persediaan misa Kaamatan Paroki di Gereja St. Michael Penampang.Sis Rita sedang kasih amanat ni lepas praktis...

Ngam-ngam lagi ada 2 orang kiut yang birthday tu hari ...
Jacklyn & Shirley! Selamat Hari Jadi to the gadis-gadis kiut!