Aktiviti Paroki April-Mei 2010

Shalom kawan-kawan belia Paroki Penampang,
TPBP dan KBP telah bermesyuarat semalam dan banyak aktiviti paroki dan belia telah dibincangkan bersama.

Diingatkan semula, setiap zon yang ingin mengadakan Pembubaran dan Pemilihan semula KBP pada tahun ini, tarikh akhir pemilihan barisan baru KBP adalah pada 31 Mei 2010. Sila berhubung dengan ahli Tim penjaga zon anda untuk maklumat lanjut.

Ahli Tim penjaga
Gab. 1 - Shirley M, Wendy, Henry
Gab. 2 - Yusnita, Felix, Dawn
Gab. 3 - Priscilla, Jack, Milford


Untuk aktiviti tahunan belia termasuk zon-zon, sila klik "Aktiviti".
Berikut adalah aktiviti paroki yang akan datang selepas Paska nanti;

AKTIVITI BULAN APRIL

1) Perayaan Paska Peringkat Paroki
Tarikh: 11 April 2010, Ahad
Masa: 6.00pm
Tempat: Dewan PPC

* Tugasan Belia:
Gabungan 1 - Musical Dance (kira-kira 10 minit)
Gabungan 2 - Drama 'Kebangkitan Yesus' (kira-kira 15 minit)
Perbincangan khas drama akan diadakan sejurus selepas Rekoleksi Pembimbing PMG pada 20 Mac ini, di Dewan PPC (3.00pm++). Diharapkan wakil-wakil dari zon-zon dalam gabungan 2 dapat hadir.
Gabungan 3 - Technical Support

2) Sukan Traditional (Kaamatan Paroki)
Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00am - 3.00pm
Tempat: Padang Siol, Hungab

3) Sugandoi Kaamatan (Kaamatan Paroki)
Tarikh: 25 April 2010 (Ahad)
Masa: 7.00pm
Tempat: Dewan PPC

Syarat Kelayakan
- Penyertaan terbuka kepada setiap zon di Paroki Penampang sahaja.
- Penyertaan tidak melebihi 10 orang peserta (Penyanyi + Pemain Muzik)


Syarat Pemilihan Lagu
- Kategori 1: Lagu ciptaan zon yang pernah dinyanyikan (diberi nafas baru)
- Kategori 2:
a) Mencari melodi baru untuk mazmur
b) Mazmur akan disediakan oleh komiti penganjur (Mazmur Lent, Advent & Solomity beserta Mazmur 100)
c) Melodi Mazmur mestilah boleh digunakan dalam 3 musim yang dinyatakan di atas.


Cabutan urutan persembahan dan mazmur akan diberitahu kemudian.
Lirik lagu haruslah diserahkan melalui emel kepada tpbp_stmichael@yahoo.com sebelum 11 April 2010.


AKTIVITI BULAN MEI

1) Perayaan Ulangtahun ke-30 Monsignor Primus Jouil
Tarikh: 1 Mei 2010, Sabtu
Masa: 6.00pm - Misa sunset, 7.30pm - Perayaan di dewan
Tempat: Gereja St. Michael & Dewan PPC

2) Katekisis Kaamatan/Pertandingan membaca alkitab dalam bahasa Kadazan & Persembahan Tarian Kebudayaan
Tarikh: 2 Mei 2010, Ahad
Masa: 6.00pm
Tempat: Dewan PPC

3) Misa Kaamatan Peringkat Paroki
Tarikh: 8 Mei 2010, Sabtu
Masa: 9.30am - Misa di Gereja St. Michael, 10.30am - Perayaan di Dewan PPC

Carta Alir Pembubaran dan Penyusunan KBP Zon/Chapel

Shalom rakan-rakan belia,

Sambil-sambil kita bersedia untuk menyambut Paska sepanjang Bulan Lent ini, tentu ada zon yang sedang juga membuat persediaan untuk pembubaran KBP Zon masing-masing.

Oleh itu, sila lihat Carta Alir di bawah sebagai panduan. Jangan lupa libatkan ahli Tim penjaga zon anda pada setiap peringkat carta ini, dan kalau ada soalan pun jangan malu-malu kucing bertanya k

Setelah KBP anda bermesyuarat dan menentukan tarikh, sila ikut panduan di bawah untuk langkah seterusnya. Bagi zon yang tidak ada pembubara sila maklumkan juga kepada TPBP.

Good luck! :D

a) MULA



b) MESYUARAT PERSEDIAAN
1) Tentukan Tarikh pembubaran
2) Maklumkan kepada Pengerusi Pastoral Zon & TPBP


c) MESYUARAT PEMBUBARAN
1) Perlu dibuat 2 minggu dari tarikh mesyuarat persediaan
2) Jemput Pengerusi Pastoral Zon & TPBP


d) FASA PERSEDIAAN PENYUSUNAN
1) Promosi eg: surat terbuka, kopoihaan, risalah, sms, FB etc ...
2) Novena persediaan penyusunan semula
3) Mini Seminar (Siapa peduli, belia & kebeliaan, Pelayanan seorg belia)
4) Maklumkan & jemput TPBP
5) Tarikh penyusunan mengikut budi-bicara KBP Zon, sebaiknya 1 bulan dari tarikh
pembubaran.
6) Dapat senarai awal calon-calon KBP (melalui borang penggundian).


e) PENYUSUNAN SEMULA 2010 – 2012
1. Setelah menetapkan tarikh, jemput Pengerusi Pastoral Zon & TPBP
2. Jemput TPBP (Taklimat undian rohani)
3. Pemilihan 12 orang ahli KBP baru


f) PEMBENTUKAN KBP
1. Mini seminar (kefahaman fungsi & peranan KBP)
2. Pembentukkan Takwim/Pelayanan KBP Zon
(Jemput TPBP & adakan sebaiknya di luar kwsn zon)


g) PENGUTUSAN
1. Dijalankan sewaktu Ibadat Sabda/Misa
2. Diumumkan dalam gereja/chapel – penyelaras KBP & barisan baru.


TAMAT

Mesyuarat TPBP ke-3/2010

Salam mesra.
Mesyuarat TPBP Penampang seterusnya akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 24hb Februari 2010 (Rabu)
Tempat : Bilik Pejabat, Tingkat 1, Dewan PPC
Masa : 7.30 mlm

Agenda mesyuarat :-

1) Pengesahan Minit Mesyuarat ke-2/2010
2) ’Renungan Hujung Minggu’ Paroki – 26 & 27 Feb 2010
3) Penukaran ahli TPBP & Recommitment
4) Hal-hal Berbangkit
5) Hal-hal lain

Kehadiran semua rakan-rakan tim amat diharapkan untuk melancarkan perjalanan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas;
Setiausaha TPBP Penampang

Informasi terkini: REKOLEKSI TPBP & KBP KE-1/2010

Shalom Rakan-rakan Tim & KBP,

Maklumat terkini mengenai Rekoleksi TPBP & KBP ke-1/2010
Tarikh : 5, 6 & 7hb Februari 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Bundu Tuhan Retreat Centre, Ranau.
Yuran : RM50.00 seorang (kepada zon yang belum menjelaskan yuran, sila berbuat demikian secepat mungkin)

Program : (Program lengkap akan diedarkan semasa pendaftaran)

5hb Feb 2010, Jumaat
2.00pm : Semua peserta Rekoleksi berkumpul di perkarangan Dewan PPC
: Doa sebelum memulakan perjalanan (secara konvoi)
2.30pm : Bertolak ke Bundu Tuhan Retreat Centre, Ranau
4.30pm : Pendaftaran & Persediaan Peribadi
6.00pm : Program bermula.
10.00pm : Program tamat untuk hari pertama

6hb Feb 2010, Sabtu
6.00am : Bangun pagi
7.00am : Program bermula
10.00pm : Program tamat untuk hari kedua.

7hb Feb 2010, Ahad
6.00am : Bangun pagi
7.00am : Program bermula
12.30tgh : Program Rekoleksi selesai.

Peralatan yang perlu dibawah oleh setiap peserta;
a) barangan keperluan peribadi
b) pakaian untuk cuaca sejuk (eg: baju panas, stokin)
c) alat-tulis eg: pen, buku nota
d) kitab suci/bible
e) rantai rosari
f) ubat-ubatan (jika perlu)
g) torchlight kecil

Kepada peserta yang mengalami masalah berikut, sila hubungi mana-mana ahli Tim.
a) peserta yang perlu pergi dengan sendiri/lewat (cuba sampai di Bundu Tuhan selewat lewatnya 7.00pm)
b) peserta mengalami masalah kenderaan.

Persediaan Rohani Peserta untuk Rekoleksi;
Sila doakan Novena dibawah, dalam kumpulan peserta yang akan mengikuti Rekoleksi di zon anda pada setiap hari bermula dari 1hb Feb 2010 hingga 4hb Feb 2010.

(DOA INI HENDAKLAH DIDOAKAN PADA SETIAP HARI TERUTAMA
PADA JAM 6 AM DAN JUGA DI DALAM DOA ROSARI)

Allah Bapa yang Maha pengasih, kami bersyukur kepada Mu
atas anugerah panggilan-Nya kepada kami untuk melayani para belia di Paroki ini. Kami sedar akan cabaran, halangan dan pengaruh-pengaruh dunia yang mahu menjatuhkan semangat pelayanan kami, oleh itu pada saat ini kami datang dengan penuh penyerahan kepada Tuhan agar kami diurapi oleh kuasa Roh Kudus-Nya supaya kami tidak mudah jatuh bila berdepan dengan masalah kehidupan, masalah para belia dan terutamanya bila berdepan dengan pengaruh negatif dunia globalisasi yang menghancurkan dan menjauhkan kami dari Tuhan.

Oleh yang demikian Bapa,

Kami berdoa khusus-Nya untuk kejayaan Rekoleksi TPBP dengan KBP yang akan diadakan pada
5, 6 & 7 Feb yang akan diadakan di Bundu Tuhan.

Berkatilah kami sebagai para penganjur di dalam persiapan ini dan juga kepada setiap Belia yang akan datang ke dalam Rekoleksi ini. Terutama di dalam merealisasikan segala program yang telah di rancang di Paroki kami.Curahkanlah kusa Roh KudusMu ke atas setiap kami, para Belia Penampang.
Berikanlah kami juga cuaca yang baik. Bonda Maria kami mohon agar engkau akan memberkati dan menaungi kami di dalam usaha kami untuk mahu berjalan sebagai satu keluarga.
Kami minta ini melaui perantaraan AnakMu Yesus kristus dan Tuhan kami.
Amen.

Emmaus Youth Camp (EYC)

Tarikh: 18-25 Februari 2010
Tempat: CSG-Centre, Kota Kinabalu
Peserta Sasaran: Belia remaja berumur 17 - 19 tahun ( tunggu result SPM/STPM )
Yuran: RM 100 ( 8 hari )
Penyertaan terhad: hanya 3 orang dari setiap paroki
Anjuran: Archdiocesan Youth Pastoral Team ( AYPT )

Kepada para remaja yang memenuhi syarat di atas dan ingin mengikuti program belia remaja ini, sila emel (tpbp_penampang@yahoo.com) kepada TPBP Penampang sebelum akhir bulan Januari 2010. Memandangkan penyertaan adalah terhad kepada 3 orang dari paroki Penampang sahaja, jadi siapa cepat dia dapat k!

Jemputan: Mesyuarat TPBP ke-1/2010 (KBP dijemput hadir)

Salam Tahun Baru 2010!
Mesyuarat TPBP Penampang yang pertama bagi tahun 2010 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 12hb Januari 2010 (Selasa)
Tempat : Bilik Pejabat, Tingkat 1, Dewan PPC
Masa : 7.30 mlm

Agenda mesyuarat :-

1) Pengesahan Minit Mesyuarat ke-10/2009
2) Kad Jogathon & Jogathon Paroki
3) Rekoleksi TPBP & KBP ke-1/2010 di Bundu Tuhan
4) Hal-hal Berbangkit
5) Hal-hal lain

Para Koordinator KBP Zon-zon adalah dijemput untuk menyertai mesyuarat Tim pada bulan ini. Oleh itu, untuk agenda;
2) Kad Jogathon: sila kumpulkan Kad Jogathon dan wang yang terkumpul untuk di kembalikan kepada TPBP.
3) Rekoleksi TPBP & KBP: Sila bawa borang penyertaan yang telah diemelkan dan wang pembayaran yuran jika ada.

Kehadiran saudara/saudari amat diharapkan untuk melancarkan perjalanan mesyuarat ini. Sila hantar wakil sekiranya koordinator tidak dapat hadir.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas;
SU TPBP

Latihan Koir & Ulangtahun Ke-33 Rektor, Fr. Alex Sipanul

HO! HO! HO!
BLESSED CHRISTMAS TO ALL.

Semua Belia Paroki adalah dijemput untuk menghadiri
Latihan Koir untuk Misa Kesyukuran Ulangtahun ke-33
Rektor Fr. Alex Sipanul,
Tarikh: 28 & 29hb Dis 2009, Isnin & Selasa
Tempat: Gereja St Michael
Masa: 8.00pm >

MISA KESYUKURAN ULANGTAHUN KE-33 REKTOR
Tarikh: 30hb Dis 2009, Rabu
Tempat: Gereja St Michael
Masa: 7.00pm

Acara di dewan PPC;

8.00pm : Berkumpul di Dewan PPC
8.15pm : Ucapan alu-aluan drp Pengerusi MPP, Kat. Lawrence B.
8.20pm : Ucapan drp Rektor, Fr. Alex S.
8.30pm : Upacara pemotongan kek & Doa sebelum makan
8.35pm : Makan Malam
8.45pm : Persembahan;
  1. Persembahan Koir Kanak-kanak, juara Pertandingan Koir Kanak-kanak dari Zon Limbanak.
  2. Persembahan Tarian daripada Belia Zon Moyog
  3. Persembahan Koir daripada Belia
9.20pm : Penyampaian hadiah kepada Rektor
9.30pm : Doa Penutup

Oleh itu, penyertaan belia untuk memeriahkan suasana perayaan ini amatlah diharapkan.

"Ke arah Belia yang Melayani dan bukan diLayani"

Yg menjalankan tugas;
SU TPBP