Carta Alir Pembubaran dan Penyusunan KBP Zon/Chapel

Shalom rakan-rakan belia,

Sambil-sambil kita bersedia untuk menyambut Paska sepanjang Bulan Lent ini, tentu ada zon yang sedang juga membuat persediaan untuk pembubaran KBP Zon masing-masing.

Oleh itu, sila lihat Carta Alir di bawah sebagai panduan. Jangan lupa libatkan ahli Tim penjaga zon anda pada setiap peringkat carta ini, dan kalau ada soalan pun jangan malu-malu kucing bertanya k

Setelah KBP anda bermesyuarat dan menentukan tarikh, sila ikut panduan di bawah untuk langkah seterusnya. Bagi zon yang tidak ada pembubara sila maklumkan juga kepada TPBP.

Good luck! :D

a) MULA



b) MESYUARAT PERSEDIAAN
1) Tentukan Tarikh pembubaran
2) Maklumkan kepada Pengerusi Pastoral Zon & TPBP


c) MESYUARAT PEMBUBARAN
1) Perlu dibuat 2 minggu dari tarikh mesyuarat persediaan
2) Jemput Pengerusi Pastoral Zon & TPBP


d) FASA PERSEDIAAN PENYUSUNAN
1) Promosi eg: surat terbuka, kopoihaan, risalah, sms, FB etc ...
2) Novena persediaan penyusunan semula
3) Mini Seminar (Siapa peduli, belia & kebeliaan, Pelayanan seorg belia)
4) Maklumkan & jemput TPBP
5) Tarikh penyusunan mengikut budi-bicara KBP Zon, sebaiknya 1 bulan dari tarikh
pembubaran.
6) Dapat senarai awal calon-calon KBP (melalui borang penggundian).


e) PENYUSUNAN SEMULA 2010 – 2012
1. Setelah menetapkan tarikh, jemput Pengerusi Pastoral Zon & TPBP
2. Jemput TPBP (Taklimat undian rohani)
3. Pemilihan 12 orang ahli KBP baru


f) PEMBENTUKAN KBP
1. Mini seminar (kefahaman fungsi & peranan KBP)
2. Pembentukkan Takwim/Pelayanan KBP Zon
(Jemput TPBP & adakan sebaiknya di luar kwsn zon)


g) PENGUTUSAN
1. Dijalankan sewaktu Ibadat Sabda/Misa
2. Diumumkan dalam gereja/chapel – penyelaras KBP & barisan baru.


TAMAT

No comments:

Post a Comment