Sr Dariah menyampaikan sesi perkongsian |
Sr Lucynia memberikan sesi : Apakah itu Panggilan |
Makanan dihantar dengan menggunakan lori 10 tan, gara-gara banjir |
Para Peserta Seminar Kesedaran Panggilan Hidup Saya kali ke-5 |
Pelancaran Kempen Bumi Hijau |
Bergambar bersama para religious |
SUGUD, Penampang – Pada 21hb April
yang lalu, Franciscan Sisters of the Immaculate Conception(FSIC) dengan kerjasama
Kateketikal Paroki dan Tim Belia Paroki Penampang telah menganjurkan Seminar Panggilan
Hidup Saya yang ke-5 bertempat di Gereja Assumption of Our Lady, Sugud,
Penampang. Tema seminar ini ialah “Panggilan Sebagai Suatu Tanda Harapan
Berdasarkan Iman”sesuai dengan mesej minggu panggilan oleh Sri Paus Benediktus
XVI.
Kira-kira 200 belia telah menyertai seminar
ini.Mereka berpeluang mendengar sesi “Apa itu Panggilan?” yang telah
disampaikan oleh Sr.Lucynia Jeprin dan sesi “Kehidupan Religius” oleh Sr.
Regina Kimung. 3 orang telah memberi perkongsian peribadi tentang panggilan masing-masing.
Mereka ialah Friar Gilbert James daripada OFM Cap, Brother Chaistten Lazarus
daripada Mill Hill Missionary dan Sr. Dariah Ajap daripada FSIC.
Dalam sesi perkongsian kumpulan, para peserta menyedari
betapa pentingnya kehadiran Paderi dan Religius dalam dunia masa kini. Bagi
mereka panggilan kepaderian dan Religius adalah penting kerana melalui
bimbingan dan pimpinan mereka, iman umat
dapat diteguhkan. Melalui kesaksian dan cara hidup mereka secara langsung
mengingatkan mereka akan kehadiran Tuhan.Para belia juga bersyukur atas
panggilan kepaderian di mana mereka dapat menghadirkan Tuhan di dalam perayaan sakramen-sakramen
terutama dalam perayaan Ekaristi.
Sebagai respon kepada perkongsian para peserta,
Sr Lucynia telah mengongsikan pesan daripada Sri Paus tentang tema panggilan
pada tahun ini. Sri Paus mengatakan Panggilan imamat dan Religius adalah lahir
dari pengalaman peribadi pertemuan dengan Kristus. Oleh itu, doa yang mendalam
dan terus-menerus akan menghasilkan pertumbuhan iman umat Kristian supaya dapat
melahirkan pelbagai panggilan khusus iaitu panggilan imamat dan Religius.
Selepas sesi perkongsian, para peserta telah dibawa
ke kawasan Gereja untuk menanam 6 pokok Obah (Eugenia) sebagai tanda pelancaran “Kempen Bumi Hijau”.Aktiviti
ini diadakan sempena dengan perayaan Hari Bumi yang jatuh pada 22hb April
dan diselaraskan oleh Cik Shirley Maurice selaku Koordinator Kempen Bumi Hijau
tahun 2013.
Seminar Panggilan Kesedaran Hidup ini dapat
dilaksanakan dengan baikwalaupun banyak cabaran yang dihadapi seperti cuaca
yang buruk iaitu hujan lebat yang berterusan sehinggakan makanan untuk seminar
ini lewat dihantar dan memerlukan perkhidmatan lori besar 10 tan untuk merentasibanjir besar. Pihak penganjur dan para peserta terkandas di
Sugud dan hanya dapat balik kira-kira jam 7 malam walaupun aktiviti telah
selesai lebih awal.Walaupun mengalami cabaran dalam penganjuran seminar ini,
namun semua yang hadir mengalami penyertaan Tuhan dan semuanya balik dengan
hati yang gembira dan penuh sukacita.
No comments:
Post a Comment