Sweet memory on 'Piboian Monupu om Humozou Hozou Tobitua (Kaamatan Paroki 2013)' Congratulations Zon 6 Limbanak!!

Komiti Piboian

Pemenang bagi Lagu & Lirik Terbaik

Juara: Zon 6 Limbanak

Naib Juara : Zon 10 Kopungit

Tempat ke-3 : Zon 11 Kinarut

Para juri yang profesional

Pemenang bagi persembahan Terbaik

Peserta Paling Sporting : Julianus Thomas

Zon 8 Pogunon

The winners!
 
Salah satu peserta Piboian

TPBP Sesi 2011-2013 Bubar 1 May 2013!

TPBP Penampang secara rasminya bubar pada 1 May 2013. Mohon DOA daripada semua agar perjalanan pemilihan TPBP berjalan dengan lancar! Amen!


“Banjir tidak menggugat Perjalanan Seminar Panggilan Hidup Saya!”




Sr Dariah menyampaikan sesi perkongsian

Sr Lucynia memberikan sesi : Apakah itu Panggilan

Makanan dihantar dengan menggunakan lori 10 tan, gara-gara banjir




Para Peserta Seminar Kesedaran Panggilan Hidup Saya kali ke-5

Pelancaran Kempen Bumi Hijau


Bergambar bersama para religious

SUGUD, Penampang – Pada 21hb April yang lalu, Franciscan Sisters of the Immaculate Conception(FSIC) dengan kerjasama Kateketikal Paroki dan Tim Belia Paroki Penampang telah menganjurkan Seminar Panggilan Hidup Saya yang ke-5 bertempat di Gereja Assumption of Our Lady, Sugud, Penampang. Tema seminar ini ialah “Panggilan Sebagai Suatu Tanda Harapan Berdasarkan Iman”sesuai dengan mesej minggu panggilan oleh Sri Paus Benediktus XVI.
Kira-kira 200 belia telah menyertai seminar ini.Mereka berpeluang mendengar sesi “Apa itu Panggilan?” yang telah disampaikan oleh Sr.Lucynia Jeprin dan sesi “Kehidupan Religius” oleh Sr. Regina Kimung. 3 orang telah memberi perkongsian peribadi tentang panggilan masing-masing. Mereka ialah Friar Gilbert James daripada OFM Cap, Brother Chaistten Lazarus daripada Mill Hill Missionary dan Sr. Dariah Ajap daripada FSIC.
Dalam sesi perkongsian kumpulan, para peserta menyedari betapa pentingnya kehadiran Paderi dan Religius dalam dunia masa kini. Bagi mereka panggilan kepaderian dan Religius adalah penting kerana melalui bimbingan dan pimpinan mereka,  iman umat dapat diteguhkan. Melalui kesaksian dan cara hidup mereka secara langsung mengingatkan mereka akan kehadiran Tuhan.Para belia juga bersyukur atas panggilan kepaderian di mana mereka dapat menghadirkan Tuhan di dalam perayaan sakramen-sakramen terutama dalam perayaan Ekaristi.
Sebagai respon kepada perkongsian para peserta, Sr Lucynia telah mengongsikan pesan daripada Sri Paus tentang tema panggilan pada tahun ini. Sri Paus mengatakan Panggilan imamat dan Religius adalah lahir dari pengalaman peribadi pertemuan dengan Kristus. Oleh itu, doa yang mendalam dan terus-menerus akan menghasilkan pertumbuhan iman umat Kristian supaya dapat melahirkan pelbagai panggilan khusus iaitu panggilan imamat dan Religius.
Selepas sesi perkongsian, para peserta telah dibawa ke kawasan Gereja untuk menanam 6 pokok Obah (Eugenia)  sebagai tanda pelancaran “Kempen Bumi Hijau”.Aktiviti ini diadakan  sempena dengan  perayaan Hari Bumi yang jatuh pada 22hb April dan diselaraskan oleh Cik Shirley Maurice selaku Koordinator Kempen Bumi Hijau tahun 2013.
Seminar Panggilan Kesedaran Hidup ini dapat dilaksanakan dengan baikwalaupun banyak cabaran yang dihadapi seperti cuaca yang buruk iaitu hujan lebat yang berterusan sehinggakan makanan untuk seminar ini lewat dihantar dan memerlukan perkhidmatan  lori besar 10 tan untuk merentasibanjir besar. Pihak penganjur dan para peserta terkandas di Sugud dan hanya dapat balik kira-kira jam 7 malam walaupun aktiviti telah selesai lebih awal.Walaupun mengalami cabaran dalam penganjuran seminar ini, namun semua yang hadir mengalami penyertaan Tuhan dan semuanya balik dengan hati yang gembira dan penuh sukacita.