Zumba dulu sebelum Lari |
Para Pemenang Larian Jogathon |
Sebahagian Para Peserta Larian |
St. Theresa Child of Jesus -
Hampir lebih kurang 300 orang telah mambanjiri Zon 3 Kolopis pada 26 Oktober
yang lalu. Program yang diadakan setiap tahun ini telah membangkitkan semangat
para umat di seluruh Paroki Penampang di mana ianya merupakan Program pertama
yang dianjurkan oleh Pastoral Kewangan Paroki dengan kerjasama Tim Pelayanan
Belia Paroki sempena dengan Tahun Iman yang bermula pada tahun ini.
Larian ini dimulakan dengan doa
pembukaan oleh Rector Paroki Penampang, Rev. Fr. Alex Sipanul disusuli dengan
Tarian Zumba yang diketuai oleh Para Liga Wanita Zon 3 Kolopis.
Terdapat 3 kategori yang
dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak Lelaki & Perempuan bawah 12
tahun kebawah, Veteran Lelaki & Perempuan dan Terbuka Lelaki &
Perempuan.
Peserta dikehendaki untuk
melengkapkan larian adalah sejauh 10 km bagi kategori Lelaki Terbuka, 8km bagi
Perempuan terbuka, 6km bagi Veteran Lelaki, 4km bahi Veteren Perempuan dan 5km
bagi kanak-kanak lelaki & perempuan bawah 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Para Peserta,
Pemenang Larian dan juga Tuan Rumah Penganjuran Jogathon Paroki pada tahun ini
iaitu Zon 3 atas kerjasama dan komitmen yang berterusan. Kita jumpa lagi
Jogathon Paroki pada tahun depan!
No comments:
Post a Comment