Mendiang Rev. Fr. Augustine Amandus…
Gambar diambil pada Januari 2000 diluar rektori Gereja St. Joseph Papar.

Fr. Augustine Amandus dilahirkan pada 10 Januari 1938 dan beliau telah kembali kepada Bapa pada 6 Mei 2010, jam 2.52 pagi di SMC (Sabah Medical Centre, Damai).
Ditabis pada 13 Disember 1966, beliau merupakan Paderi berbangsa Kadazan yang pertama. Fr. Amandus telah berkhidmat di Paroki Papar dan Limbahau sebelum beliau diserang ‘stroke’ pada Januari 2000.
Setelah itu, beliau menerima jagaan penuh cinta kasih daripada ibu saudaranya, Mother Bernadette, dan para rahib dari Konven St. Joseph Penampang. Fr. Amandus telah menjadi sebahagian ahli keluarga konven tersebut yang istimewa.
Misa Requiem untuk mendiang Fr. Amandus akan diadakan pada 10 Mei 2010 pada jam 9.30 pagi di Gereja Holy Rosari Limbahau. Badan mendiang akan dibawa ke gereja dari rumah keluarganya di Papar pada petang hari Ahad, 9 Mei 2010, sehingga hari pengkebumian.
Marilah kita bersama-sama bersatu dalam doa dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Fr. Amandus yang terkenal dengan senyumannya yang manis dan keperibadian yang sentiasa ceria.

1 Thessalonians 4:13-14
But I do not want you to be ignorant, brethren, concerning those who have fallen asleep, lest you sorrow as others who have no hope. For if we believe that Jesus died and rose again, even so God will bring with Him those who sleep in Jesus.
No comments:
Post a Comment