Happy All Saints' Day!

TPBP Penampang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut
Pesta Hari Para Sangti
kepada seluruh umat Paroki Penampang, khususnya rakan-rakan belia.

Rekoleksi TPBP di Kam-Kam Ranau

Pada 2 hingga 4 Julai lalu, TPBP Penampang telah menjalankan rekoleksi khas untuk TPBP di kampung halaman Fr. Jalius Sading, di Kg. Bongkud Ranau. Hanya 8 orang ahli tim dan Sr. Rita yang dapat mengikuti rekoleksi kali ini. Dua orang rakan kami--Cikgu Julianus dan Yus--tidak dapat join atas sebab komitmen kerja :(

Kami bertolak dari Gereja St. Michael Penampang kira-kira jam 2.00pm pada hari Jumaat itu, dan tiba di Kg. Bongkud kira-kira 6.00pm... Bukan apa, banyak singgah-singgah bili bahan untuk memasak kekekeke...

Rumah keluarga Fr. Jalius amat luarbiasa! Siok oh! Macam 'magical kingdom'... macam tu wayang 'Bridge to Terabitha' hehehehe... Perlu lalui jambatan gantung dulu baru sampai sana.


Sempat lagi Sr. Rita dan Felix aka Meo berposing bah :) Nah inilah entrance to 'Kam-Kam' ... Nama istimewa tempat tinggal si Fr. Jalius... Kalo mau tau kenapa nama dia 'Kam-Kam', kamu tanyalah si Faado atau ahli tim secara personal k ;)


Ini di South Wing ... Nah sini lah tempat tinggal kami ... Bilik St. Cecilia untuk perempuan dan St. Andrew untuk lelaki. Butul-butul macam "Back to the past" ...


Ini pula north wing hehehe... quater Fr. Jalius dan 'Ketua Kampung' (bapa Faado).


Di ground floor quater si Faado terletak sudut untuk berdoa yang cukup unik. Kami sempat melakukan jalan salip di sini yang bermula dari sebelah kiri, dan berakhir setelah satu pusingan.


Kalo tinggu di bawah tu rumah-rumah kan, ini lah yang akan dilihat ... ikan berenang-renang :)

Salah satu aktiviti hangat TPBP semasa rekoleksi ini adalah sesi MEMASAK heheheheh... setiap tim akan ambil giliran menyediakan menu masing-masing secara berpasangan.


Si Faado dan Wendy sedang putung-putung bahan masakan dorang...


Geng memasak Kari ayam diketuai oleh Jack.


Jack dan 'Angkol' sedang mengadun resepi 'Nasi Ayam Briani'...


Kamu tau, si Meo (Felix) expert kupas bawang oh ... si Shirley ni sedang merancang apa mau campur itu pinasakan dia... Uii sedap oh end product dia :P


Si Mr. Milfut ni kan ... sian bah, partner dia memasak si Cikgu Ju(lianus) teda ... so apa buleh buat, masak air ja lah ...


Muka-muka tidak sabar mau menjamu selera...


Tinggu, presentation kalah-kalah hotel 5 bintang kan :)
Tu kari ayam + kentang tu si Jack and company yang masak. Tu lauk lain-lain si Wendy dan Shirley... Nasi ayam si Jack dan 'Angkol' bikin ...

Trus kan ... Sr. Rita anjur games yang tidak kurang hebat dia bah ...


Antara yang dia suruh ialah ikat rambut ahli kumpulan.
Ni si Jack (kiri) kana ikat rambut by Mr. Milford. Dorang dua satu kumpulan dan mendapat tempat kedua.
Si Angkol (kanan) pula kana ikat rambut by me (Dawn) dan Shirley. Si Meo pun dalam kumpulan kami tapi sebagai tukang pigang gatah ja lah... Hah! Kumpulan kami la juara ni games heheheh...


Ini pula, kumpulan Wendy & Priscilla ... nokomunsit hehehhe ... tidak bah ... lambat sampai ja :D


Setelah penat berketawa, ni la group photo kami lepas siap tu games si sister.


Di sebelah malam, sesi taize, renungan dan perkongsian diadakan.


Tidak lupa release tension di tebing sungai... Jejaka 3 ekor ni actually sedang menunggu 'pudding' sajuk by the cool river water heheheh... cuba kamu cari mana tu pudding? Nampak ka?


Nah ni 'close up' pudding honeydew yang sedang disejukkan di sungai. Sodap!


Untuk makan tengah hari pada hari Ahad, tim berpiknik di tebing sungai bersama-sama dengan ahli keluarga Faado.


Tinggu-tinggu sampai ke penghujung rekoleksi sudah pula :(
Time to say babai Kam-Kam ...
Sedih juga oh.
Tapi tidak pa, tatap akan datang lagi!
Paling penting, Rekoleksi ini telah menyegarkan kami, ahli TPBP, untuk meneruskan pelayanan dengan hati yang ikhlas dan gembira...
3 hari bersama telah MAKIN mengeratkan hubungan kekeluargaan kami.

Till the next Rekoleksi!

Gambar-gambar Pelancaran PYD2di Inobong ~ 26 Jun 2010


[Kiri-Kanan:] Sr. Rita Serunai, Julianus (Koordinator TPBP), Kat. Lawrence (Pengerusi MPP), Fr. Alex (Rektor) dan Dr. Felix (Pengerusi Kewangan Paroki) ... kehadiran mereka cukup memberi sokongan dan dorongan kepada para belia paroki.


Persembahan khas dari Belia Zon 2 Inobong ...


Raynold dari Zon Kinarut dan Jacklyn dari Zon Kolopis adalah wakil lelaki dan perempuan pada malam tersebut untuk memberi sedikit perkongsian mengenai impak dan pengalaman yang mereka alami semasa menyertai PYD1 pada tahun lalu.


Hah! Ini dia Koordinator untuk Program PYD2 (Penampang Youth Day -2), Sdr. Henry a.k.a Angkol. Beliau memberi taklimat ringkas kepada para belia mengenai konsep, objektif dan informasi penting berkenaan PYD2.


Pengerusi Pastoral Zon Inobong dan Zon Kinarut berjabat tangan menandakan bahawa penganjuran PYD ini telah bertukar Tuan Rumah secara rasminya. Pelancaran PYD2 disempurnakan oleh Rektor dengan menurunkan Skrol PYD2.


Sebagai tanda kegembiraan menjadi Tuan Rumah pada tahun ini, Belia Zon Kinarut mensajikan satu persembahan musikal ala-ala songkotoun style yang cukup hebat diiringi paluan gong!


Pemuzik-pemuzik Zon Kinarut yang hensem-hensem ...


"Dengarkanlah suara nafiri... memanggil semua umatNya..."


Group Photo ... Zon Kinarut bersama-sama dengan Rektor, Kat. Lawrence dan Sr. Rita.

Welcoming Youth Day Penampang-1

(poster dicuri dari FB si Leslie @ Kolis hehehe...)

TERBUKA KEPADA BELIA ZON 5 PENAMPANG SAHAJA ...
Tarikh:
18 Julai 2010, Ahad
Tempat: Dewan PPC
Masa: 12.30pm - 5.00pm
Anjuran: KBP Zon 5 Penampang
Yuran: Percuma!
Tema: 'Datanglah pada ku... Janganlah Khuatir!'
Tarikh Tutup: 11 Julai 2010
Untuk maklumat lanjut, hubungi: Raynold 016-815 6432/ Maypat 012-824 7581

Penampang Youth Day ke-2

Tarikh:
14 & 15 Ogos 2010

Tuan Rumah:
Gereja St. Augustine, Kinarut

Peserta:
a) Belia berumur 15 tahun dan ke atas.
b) Maksimum 30 orang peserta sahaja dari setiap zon.

Yuran:
RM30.00 (termasuk Baju-T dan makan-minum)

Penginapan:
Peserta akan tinggal di bangunan sekitar gereja dan Zon Kinarut atau bersama keluarga angkat (layari blog untuk maklumat terkini dari masa ke semasa)

Persembahan setiap zon:
a) Berkonsepkan tarian, nyanyian, musical-dance, musical-drama, instrumental.
b) Selama 5 - 10 minit untuk setiap zon.
C) Akan ada panel / undian untuk memilih persembahan terbaik semasa PYD2 nanti.

Tarik tutup pendaftaran:
26 Julai 2010

Tema:
Karena setiap orang yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan.” ~Mat 25:29

Objektif:
1) Untuk membantu para belia mengenali Yesus melalui bakat-bakat mereka
2) Agar belia dapat membentuk peribadi supaya lebih berkeyakinan, segar dan kreatif dalam pelayanan mereka.

Pesta Belia Keuskupan ke-11

Tarikh:
6 - 9 September 2010 (musin cuti sekolah)

Tempat:
Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu Sabah

Tema:
"Guru yang baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal?(Markus 10:17)

Peserta sasaran:
Pesta ini dibuka kepada semua belia Katolik Keuskupan Agung kota Kinabalu yang berusia 15 tahun ke atas, yang datang dari pelbagai bahasa, bangsa dan latar belakang kehidupan. (peserta dibawah 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibubapa)

Tarikh tutup pendaftaran:
1 Julai 2010
Para belia harus berhubung dengan KBP di zon masing-masing untuk pendaftaran segera.

Objektif:
1. Agar para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik
2. Agar para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

Matlamat:
Adalah diharapkan agar melalui PBK-11 ini, para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik serta para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

Untuk maklumat lanjut, layari BLOG PBK11.


Jelajah PBK-11

Tarikh:
27 Jun 2010, Ahad
Tempat: Dewan St. Jud, St. Aloysius Limbanak
Masa: 9.00pm

Paroki terlibat:
Penampang (tuan rumah), Papar, Limbahau, Labuan, Stella Maris, Kepayan, Dontozidon, Menggatal, Inanam, Telipok, KK

Setiap KBP zon dikehendaki menghantar wakil untuk menghadiri jelajah ini untuk mendapat maklumat penuh berkenaan penganjuran PBK-11.

Mini Concert 'One Voice' Tombovo


Tarikh: 26 Jun 2010, Sabtu
Masa: 7.30pm
Tempat: Dewan Komuniti Tombovo
Harga Tiket: RM 3.00 (percuma 1 botol air mineral)

Sila berhubung dengan KBP di Zon anda untuk pembelian tiket.
Jom berkonsert!