Penyusunan KBP Z dimulakan dengan Katekisis : Dipanggil Untuk Melayani

Katekisis 1 : Dipanggil untuk Melayani
Zon 9 Kipouvo

"Berbelialah, sementara ruang dan waktu masih ada
Kalau bukan anda, siapa lagi?

Penampang ~ Sejak KBP dibubarkan pada 1hb September yang lalu, belia Paroki Penampang pada masa kini sedang sibuk dalam pemilihan / penyusunan KBP baru bagi sesi 2012-2014 akan datang. 

Dengan berjalannya katekisis yang pertama ini iaitu katekisis yang bertajuk 'Dipanggil untuk Melayani" dapat memberikan keterbukaan kepada para belia Paroki Penampang untuk terus mau melayani.

Katekisis "Dipanggil untuk melayani" ini telah berakhir di Zon 7 Sugud pada 14hb October yang lalu. Dengan berakhirnya katekisis ini, semua Zon sudah memulakan proses pemilihan dan proses pencalonan. Proses ini akan dijalankan selama 2 minggu.

Katekisis ke-2 "Kepimpinan KBP" akan diadakan pada 5hb November 2012 pada 3 tempat mengikut gabungan yang telah ditetapkan secara serentak.

Pengutusan 12 orang KBP baru dari seluruh Paroki Penampang adalah pada 24th November 2012dan akhirnya, KBP baru ini akan berekoleksi buat kali pertama pada 18-20 January 2013.

Komitmen SYD-3!

10 Komitmen Paroki Penampang

Holy Cross Tambunan - Hari terakhir SYD-3, 24th Ogos, Belia Paroki St. Michael Penampang telah meyenaraikan 10 Komitmen SYD-3. 

Berikut adalah antara Komitmen yang telah dibuat oleh 200 orang belia paroki Penampang :-

1.    Meneruskan Pelayanan Belia dalam Paroki (Penyusunan)

2.    Melayani sesame Belia dan sesame Umat (Penyusunan)

3.    Teguh dalam Iman Kristian Katolik (Pengisian SESI)

4.    Berjalan bersama sbagai satu komuniti

5.    Membantu gereja mempromosi ajaran cinta kasih yesus

6.    Melaksana pengisian SYD-3 melalui PYD

7.    Menyertai program2 yang dianjurkan di Paroki Penampang dengan bantuan TPBP

8.    Menjadi cahaya kristus di dalam sesebuah keluarga dan juga belia

9.    Memperbanyakkan aktiviti / seminar yang bertujuan menarik Belia Katolik sambil meneguhkan iman katolik

10.  Berani bersaksi dengan berjalan bersama berpusatkan kepada Yesus Kristus!



Melihat komitmen ini, Tim telah melihat beberapa program yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang :-



1.     PYD-4 2013 – di mana pengisian program PYD-4 nanti adalah susulan SYD-3.

2.     Penyusunan semula KBP Baru – Meneruskan pelayanan belia dalam paroki.


Seramai 200 belia Penampang telah menyertai SYD-3 Tambunan!

Kontinjen Penampang yang memakai uniform HIJAU bergambar kenangan bersama Fr. Florian

Sebahagian belia Penampang

Penampang - Pada 19 - 24hb Ogos lalu, seramai 200 orang belia telah mengikuti Program Terbesar, 3 gabungan Diosis Seluruh Sabah iaitu Sabah Youth Day buat kali ke-3. Seramai lebih kurang 3000 belia telah membanjiri tapak SYD-3 Holy Cross Toboh Tambunan. Program belia yang hanya diadakan dalam tempoh 4 tahun sekali ini telah membuka mata dan hati para belia untuk terus teguh dalam Iman. Sesuai dengan tema SYD-3 pada tahun ini "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam Iman. (Kis 1 : 8)

Dengan penganjuran program ini, diharapkan belia akan lebih komited dalam pelayanan dan mahu bersaksi untuk kemuliaan Allah Bapa kita Yesus Kristus.
 

SYD-3 : Salib SYD-3 di BABAGON

Liturgy bersama Salib SYD-3




Deacon Daniel bersama Umat & Belia Zon 1 Babagon

SYD-3 : Salib SYD-3 di MOYOG

Handing over ceremony ~ Pastoral kepada Belia Zon 13 Moyog

Deacon Daniel bersama Belia Zon 13 Moyog

 


SYD-3 : Penerimaan Salib SYD-3

Gambar oleh Rayner Manjuin

Penerimaan Salib SYD-3 yang dijalankan pada 10hb March 2012 lalu. Syukur kepada Tuhan kerana memberikan cuaca yang sangat baik pada masa ini.

Kehadiran dianggarkan seramai 200 orang belia termasuk Belia dari Paroki Terawi. Ini merupakan gabungan pertama setelah Paroki Penampang terpisah menjadi dua Paroki pada 1 tahun yang lalu.

Selepas penerimaan ini, Salib SYD-3 ini akan berjalan ke seluruh Paroki Penampang bermula dengan Zon 13 Moyog.

SABAH YOUTH DAY - 3

 
TARIKH: 19 - 24 OGOS 2012
TEMPAT: TAMBUNAN, SABAH

Tahniah diucapkan kepada 200 orang peserta SYD-3 yang telah mendaftar!

Nantikan program-program menarik yang akan dianjurkan oleh Komiti SYD-3 Peringkat Paroki akan datang!