Carols by Candle Light : Tahniah kepada Zon 11 Kinarut Tuan Rumah CbC Tahun 2013!

Penyerahan Lilin Paska sebagai tanda simbolik kepada penyerahan Tuan Rumah 2012, Pastoral Moyog kepada Pastoral Kinarut sebagai Tuan Rumah CbC 2013
Suasana CbC, kanak-kanak pun ikut gembira!


Senyuman kegembiraan Koordinator KBP Zon 11 Kinarut, Rayner Manjuin menerima lilin paska sebagai Tuan Rumah CbC 2013!
Dari kiri : Raynier Manjuin (Koordinator KBP Zon 11) & Raynold James (Koordinator KBP Zon 13)
TPBP & TPBP Sokongan bergambar bersama Fr. Alex & Fr. Daniel

St. Martin, Moyog, 22hb Disember ~ Sempena dengan Carols by Candle Light yang lalu, St. Martin Moyog telah dibanjiri dengan para belia yang bersemangat untuk menyambut Carols by Candle Light. Biarpun masih dalam semangat Advent, namun semangat berkobar-kobar untuk menanti 'kelahiran' Yesus kian terasa. Walaupun Misa tidak dapat dijalankan sempena dengan Carols by Candle Light pada tahun ini, namun para belia telah memulakan Doa Rosari sebelum upacara Carols by Candle Light bermula.

TAHNIAH! Diucapakan Tuan Rumah Carols by Candle Light tahun 2013, Zon Kinarut! Jumpa kita semua di Kinarut pada Disember 2013.